Cari:
Kongres AS Diseru Sokong Pembangunan Infrastruktur dan Pembaharuan Migran
2018-02-01 15:55:51 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyampaikan perutusan negara pertama bagi penggal perkhidmatannya kelmarin. Beliau menyeru Kongres memperhebat sokongan terhadap pembangunan infrastruktur, di samping melaksanakan pembaharuan migran bagi menyekat pendatang haram.

Dalam perutusan yang bertemakan "membangunkan AS yang aman, kuat dan bangga" itu, Trump mengulangi prestasi pentadbirannya dalam setahun yang lalu dan berkata, usaha mengurangkan cukai "yang terbesar dalam sejarah" berjaya merangsang ekonomi sehingga kadar pengangguran menurun ke tahap yang terendah dalam 45 tahun yang lalu.

Pada hari itu, ahli Senat dan Dewan Perwakilan, hakim Mahkamah Tertinggi, dan anggota kabinet telah mendengar perutusan Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China