Cari:
Jumlah Pengguna Internet 772 Juta di China
2018-02-01 11:32:54 CRI Cetak

Menurut laporan statistik perkembangan Internet China yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC), jumlah pengguna Internet di China mencatat 772 juta orang.

Jumlah pengguna yang menggunakan pembayaran, beli-belah, permainan komputer, penempahan makanan dan pelancongan secara dalam talian mengekalkan trend peningkatan.

Setakat Disember lalu, populariti penggunaan Internet di China mencatat 55.8%, iaitu 4.1% lebih tinggi daripada kadar purata global. Manakala, pengguna Internet yang menggunakan telefon bimbit mencatat 753 juta orang, yang mewakili 97.5% daripada jumlah keseluruhan.

Dalam pada itu, jumlah jualan runcit dalam talian mencatat RMB7.18 trilion (RM4.45 trilion), meningkat 32.2% berbanding tahun lalu. Industri e-dagang dalam fasa transformasi ke tahap yang berkualiti dan berkecekapan tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China