Cari:
China Perkasakan Pembangunan Pelancongan Bermutu Tinggi
2018-02-01 14:21:19 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang semalam mempengerusikan sidang pleno ke-5 sidang bersama kerja pelancongan Dewan Negara di Beijing semalam. Beliau menuntut pihak-pihak berkenaan supaya meningkatkan mutu dan keefisienan serta penyusunan semula struktur dan kenaiktarafan industri pelancongan agar membina industri itu sebagai tonggak ekonomi nasional dan memberikan manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat China melancong sebanyak 3.7 kali secara purata setiap orang pada tahun 2017. Jumlah pelancong China yang melawat ke negara asing menduduki nombor satu di dunia. Kadar sumbangan industri pelancongan bagi pertumbuhan ekonomi dan pengambilan pekerja mencapai lebih 10%.

Beliau mahu pihak-pihak terlibat mewujudkan pembangunan secara seimbang, mempertahankan pembangunan secara selaras dan menyempurnakan struktur pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China