Cari:
Satelit Ujian Pemantauan "Zhangheng I" China-Itali Berjaya Dilancar
2018-02-03 14:09:17 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella berhubung satelit ujian pemantauan "Zhangheng I" kerjasama China-Itali dilancarkan dengan jayanya semalam.

Xi berkata, kerjasama China-Itali dalam projek satelit ujian pemantauan elektromagnet yang membuahkan hasil membanggakan, yang dilihat sebagai komponen utama Perkongsian Strategik Komprehensif China-Itali, memainkan peranan penting demi meningkatkan kemampuan kedua-dua negara ini dalam memantau persekitaran elektromagnet bumi dan memberikan amaran awal sebelum bencana gempa bumi. China mementingkan hubungan dengan Itali dan komited berusaha bersama-sama dengan Itali mempergiat kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang, dan mengintensifkan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Itali demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Sergio Mattarella pula berkata, satelit ini antara hasil cemerlang kerjasama kedua-dua negara dan menunjukkan hubungan rakan Itali-China yang kukuh dalam sektor kajian sains dan teknologi. Pihaknya bersedia berusaha bersama-sama dengan China menggalakkan kerjasama dalam pelbagai sektor membuahkan lebih banyak hasil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China