Cari:
Guterres Menyambut Baik Hasil Dialog Kebangsaan di Syria
2018-02-03 14:16:20 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyambut baik hasil dialog kebangsaan isu Syria yang diadakan di Sochi, Rusia semalam.

Menurutnya, pelbagai pihak hadir dialog ini bersetuju menubuhkan suruhanjaya perlembagaan Syria berdasarkan resolusi PBB No. 2254.

Guterres turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi di dalam negara Syria serta menggesa kerajaan Syria, puak pemberontak dan negara-negara terlibat bekerjasama dengan utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura untuk mempercepat proses rundingan damai di Geneva.

Dialog Kebangsaan Syria anjuran Rusia, Turki dan Iran menutup tirainya di Sochi, Rusia pada malam 30 Januari, sebelum mengeluarkan satu kenyataan bersama dan memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya perlembagaan Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China