Cari:
Palestin Seru Dorong Rundingan Damai
2018-02-03 15:32:25 CRI Cetak

Jabatan Presiden Palestin semalam mengeluarkan satu komunike akhbar yang menyeru agar membina mekanisme pelbagai hala antarabangsa yang baharu untuk mendorong rundingan damai Palestin-Israel yang sudah terhenti selama beberapa tahun.

Jurucakap Jabatan Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah berkata, pihaknya hendak memulihkan rundingan damai. Tuduhan media massa Israel dan Amerika Syarikat baru-baru ini tentang Presiden Mahmoud Abbas enggan mengadakan rundingan damai adalah tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pemulihan rundingan damai memerlukan Palestin dan Israel mengakui "cadangan dua negara" tetapi bukan sebarang cadangan yang diberikan secara paksa oleh negara lain.

Tambahnya, membina negara Palestin yang merdeka yang berdasarkan garis sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967 dan beribu kota di Baitulmuqaddis Timur merupakan pendirian asas Palestin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China