Satu jet pejuang Su-25 milik Rusia, ditembak jatuh di provinsi Idlib, Syria, Sabtu dan pilotnya, walaupun berjaya menyelamatkan diri dengan parasut, turut terkorban dalam pertempuran berikutnya dengan militan pelampau.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet pejuang tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu bumi-ke-udara MANPAD mudah alih ketika terbang di sekitar zon de-eskalasi di provinsi tersebut. Pilotnya dilaporkan pernah membuat laporan kepada atasannya bahawa dia telah berjaya keluar dari pesawat dengan parasut di ruang udara yang dikendalikan oleh Al Nusra.
Menurut sumber berkenaan, pihak tentera Rusia sedang berusaha untuk mendapatkan mayat pilot itu.