Cari:
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap ICAPP di Iran
2018-02-04 15:08:02 CRI Cetak

Mesyuarat Jawatankausa Tetap ke-29 Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) diadakan di Teheran, Iran pada 2 dan 3 Februari.

Menurut laporan Agensi Berita Iran(IRNA), mesyuarat anjuran Iran ini menarik penyertaan kira-kira perwakilan dari 40 parti dari 25 buah negara di Asia, serta perwakilan sesetengah kawasan dan pertubuhan antarabangsa. Ini kali pertama Iran menganjurkan mesyuarat Jawatankuasa Tetap ICAPP.

Para peserta mengadakan perbincangan mengenai peranan parti ketika menghadapi ekstremisme dan mewujudkan pembangunan berterusan, serta kaedah menggalakkan perkembangan politik, interaksi budaya dan perdagangan antara negara-negara terlibat sepanjang Jalan Sutera.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap ICAPP yang juga bakas Speaker Dewan Rakyat Filipina, Jose De Venecia menyatakan bahawa mewujudkan kesejahteraan di rantau Teluk tidak boleh dipisahkan dengan sokongan Iran. Perjanjian Komprehensif Isu Iran (JCPOA) sepatutnya dilaksanakan dengan berkesan sebab ia amat penting demi semua negara-negara Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China