Cari:
Delegasi DPRK Bakal Lawat Korea Selatan
2018-02-05 11:29:15 CRI Cetak

Delegasi peringkat tinggi yang diketuai oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Tetap Mesyuarat Rakyat Tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Young-Nam akan melawat ke Korea Selatan pada 9 hingga 11 Februari nanti.

Maklum Kementerian Penyatuan Korea Selatan semalam, delegasi DPRK tersebut seramai tiga anggota jawatankuasa berkenaan serta 18 wakil lain.

Hasil rundingan menerusi saluran Panmumjom 9 Januari lalu, kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai penyertaan DPRK dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 yang dijadualkan di Pyeongchang, Korea Selatan pada 9 hingga 25 Februari akan datang.

Menurut persetujuan, DPRK akan menghantar delegasi peringkat tinggi serta perwakilan Jawatankuasa Olimpik negaranya ke temasya tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China