Cari:
AS Terbit Laporan Baharu Situasi Nuklear
2018-02-05 14:28:53 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menerbitkan laporan Tinjauan Semula Postur Nuklear (NPR) baharu pada 2 Februari lalu, yang menggariskan dasar negara itu berkaitan senjata nuklear.

Dokumen yang menyusuli laporan terakhir pada 2010 itu meminta peruntukan ditambah untuk membolehkan pembangunan senjata nuklear ditingkatkan bagi memperhebat kemampuan menangani ancaman nuklear.

Berbeza dengan laporan dahulu, dokumen terbaharu ini memperlihatkan perubahan sikap kerajaan AS yang sebelum ini meletakkan senjata nuklear di kedudukan lebih rendah dalam strategi pertahanan negara, menyasarkan pelucutan senjata berkenaan, serta menghentikan pembangunan dan ujian nuklear.

Perubahan strategi AS ini telah disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, bahkan membawa risiko tercetusnya konflik nuklear.

Sebagai pemilik senjata nuklear terbesar di dunia, AS memikul tanggungjawab berat untuk melucutkan senjata nuklear dan menggalakkan tindakan serupa di seluruh dunia.

Laporan terbaharu AS itu membesar-besarkan ancaman yang dihadapi negaranya dan menggariskan rancangan yang kurang pragmatik.

Pelaksanaan rancangan tersebut bukan sahaja menjejaskan keselamatan AS sendiri, malah mungkin mencetuskan persaingan nuklear pusingan baharu serta menggugat kedamaian dan kestabilan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China