Cari:
Kadar Urbanisasi China Lebih 58%
2018-02-05 12:00:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah penduduk di bandar dan pekan di China mencecah 813 juta orang pada akhir tahun 2017, meningkat lebih 20 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Angka tersebut mewakili 58.52% populasi seluruh negara ini.

Menurut Naib Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara (NBS) China, Mao Youfeng, pembangunan urbanisasi bermanfaat bagi meningkatkan permintaan pasaran domestik dan keefisienan pengeluaran, di samping membantu memperbaiki taraf perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, pakar berpandangan bahawa masih terdapat jurang perbezaan yang agak besar antara China dengan negara-negara maju yang telah mencapai tahap urbanisasi pada kadar 80% secara puratanya.

Hal ini turut menunjukkan bahawa proses urbanisasi di China masih mempunyai potensi yang besar, khususnya dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China