Mata wang Israel perlu dilarang digunakan di wilayah Palestin bagi menamatkan kebergantungan ekonomi Palestin pada Israel.
Demikian maklum Mohamed Ishteyah, Presiden Majlis Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Semula Palestin (PECDAR), semalam.
Beliau berkata, ketiadaan mata wang Palestin sendiri menjejaskan ekonomi tempatan. Beliau menyeru mata wang lain diperkenalkan bagi menggantikan penggunaan mata wang Israel.
Tambah beliau, pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya, yang paling penting adalah meningkatkan produktiviti Palestin dan memboikot barangan Israel.