Cari:
Maldives Umum Perintah Darurat
2018-02-06 14:44:17 CRI Cetak

Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Maldives, Azima Shakoor telah mengumumkan perintah darurat di seluruh negara selama 15 hari yang dikeluarkan Presiden Abdullah Yameen, melalui stesen TV negara malam tadi.

Menurut menteri itu, Presiden Yameen berjanji menjamin keselamatan semua rakyat serta warga asing yang menetap dan melancong di Maldives.

Meskipun sesetengah hak tertentu dihadkan selepas pelaksanaan perintah tersebut, namun aktiviti biasa seperti urusan perkhidmatan dan perniagaan tidak akan terjejas.

Pada 1 Februari lalu, pergolakan tercetus di Maldives selepas Mahkamah Tertinggi menuntut Abdullah Yameen membebaskan sembilan pemimpin puak pembangkang termasuk bekas presiden, Mohamed Nasheed.

Susulan itu, penyokong puak pembangkang mengadakan tunjuk perasaan dan berkonflik dengan pihak polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China