Cari:
Putin Daftar Sebagai Calon Presiden
2018-02-07 14:34:37 CRI Cetak

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia semalam memaklumkan bahawa Presiden Vladimir Putin telah mendaftar untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya yang akan diadakan pada bulan Mac depan.

Ibu pejabat kempen pilihan raya Putin dulu telah menyerahkan kira-kira 310 ribu tandatangan penyokong, hanya 232 daripadanya tidak sah.

Berdasarkan undang-undang pilihan raya Rusia, calon presiden boleh dinamakan oleh parti atau calon itu sendiri.

Calon bebas perlu menubuhkan kem yang seramai sekurang-kurangnya 500 orang serta memperoleh lebih 300 ribu tandatangan penyokong untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.

Pengesahan kelayakan calon akan diberikan dalam masa 10 hari.

Pilihan raya Rusia akan diadakan pada 18 Mac depan. Berdasarkan pungutan suara, Presiden Putin menduduki tempat pertama dengan kadar sokongan 69.9%, diikuti calon dari Parti Komunis Rusia, Pavel Grudinin dengan kadar sokongan 7.2%.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China