Cari:
Syria: Dakwaan AS tentang Senjata Kimia Tidak Berasas
2018-02-07 14:39:20 CRI Cetak

AS melahirkan rasa terkejut atas laporan bahawa kerajaan Syria menggunakan senjata kimia terhadap penduduk awam.

Kerajaan Syria bagaimanapun menyifatkan laporan berkenaan sebagai tidak benar sama sekali.

Jurucakap Jabatan Negara AS baru-baru ini berkata, pihaknya terkejut dengan laporan bahawa kerajaan Syria menggunakan gas klorin ke atas penduduk awam di wilayah Idleb.

Burhubung dakwaan tersebut, Kementerian Luar Syria menyatakan bahawa kerajaan negaranya secara tegas menentang penggunaan senjata kimia dan telah menyerahkan semua senjata seumpama itu kepada pertubuhan antisenjata kimia.

Dakwaan AS tidak berasas sama sekali dan berniat menjejaskan usaha kedamaian di Syria. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China