Cari:
China Antara Negara Paling Selamat di Dunia
2018-02-08 13:07:02 CRI Cetak

China dilihat sebagai salah satu negara yang paling selamat di dunia, menurut ranking keselamatan global.

Pada tahun lalu, China sekali lagi antara negara yang merekodkan jumlah kes homisid paling rendah, sementara kadar jenayah ganas berkurang 51.8% berbanding 2012.

Rasa puas hati penduduk terhadap keselamatan meningkat kepada 95.55%.

Prof. Wang Dawei dari Universiti Keselamatan Awam China beranggapan bahawa indeks keselamatan di China terdahulu di dunia, baik melalui penilaian secara subjektif mahupun objektif.

Kata Wang, pembangunan ekonomi yang pesat dan kestabilan masyarakat adalah dua pencapaian China yang amat memberangsangkan.

Pada hakikatnya, skala pasukan dan perkakasan milik polis China jauh lebih rendah daripada taraf dunia. Peruntukan terhadap penjagaan keselamatan awam dan kestabilan masyarakat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga lebih rendah daripada negara-negara lain.

Pada pandangan Prof. Wang, peranan yang dimainkan oleh rakyat China dalam mengekang jenayah dari akar umbi membantu menjamin keselamatan awam.

Selain itu, penggunaan teknologi baharu seperti sistem "Skynet", dron pemantau dan platform data besar membentuk mekanisme pencegahan jenayah yang berkesan, sekali gus meningkatkan rasa selamat para penduduk.

Pada masa yang sama, pasukan polis yang semakin cekap menguatkuasakan undang-undang secara terpiawai bagi memenuhi permintaan rakyat terhadap kehidupan lebih selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China