Cari:
Negara Afrika Penganjur Sukan Olimpik Belia 2022
2018-02-08 14:37:14 CRI Cetak

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam mengumumkan bahawa negara Afrika akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia 2022.

Ini kali pertama Sukan Olimpik diadakan di benua Afrika.

Presiden IOC, Thomas Bach menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik beberapa negara Afrika pada beberapa minggu akan datang bagi memastikan kemungkinan temasya itu diadakan di benua tersebut.

Bandar penganjur akan diumumkan dalam mesyuarat IOC di Buenos Aires pada Oktober depan.

Beliau juga berharap penganjuran Sukan Olimpik Belia dapat membantu bandar-bandar di benua Afrika membuat persiapan untuk menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2032 atau 2036.

IOC dalam satu pengumuman menyatakan penganjuran Sukan Olimpik Belia di Afrika akan menggalakkan pembangunan sukan belia di benua tersebut dan membolehkan belia tempatan mendekati Sukan Olimpik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China