Cari:
Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Teladan Baharu
2018-02-08 14:38:38 CRI Cetak

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing diharap menjadi teladan bagi penganjuran temasya sukan itu, sesuai dengan peraturan baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Demikian ujar Presiden IOC, Thomas Bach dalam sidang akhbar menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan semalam.

Pada 6 Februari lalu, IOC mengumumkan 118 peraturan baharu yang bertujuan mengurangkan kos penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Antaranya termasuk mengecilkan saiz venue, meneliti semula lalu lintas, mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan perkhidmatan sedia ada, selain menggunakan tapak yang sama untuk beberapa acara pertandingan.

Upacara perasmian dan penutupan serta pelbagai aktiviti dan perkhidmatan lain perlu dijalankan dengan kos minima tanpa menjejaskan suasana temasya.

Menurut Bach, peraturan baharu itu telah pun mula berkuat kuasa dalam persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Katanya, pelaksanaan yang baik membolehkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing nanti menjadi teladan bagi penganjuran temasya seterusnya.

Beliau turut berpuas hati dengan pelan pemasaran yang dilaksanakan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China