Cari:
Turun Naik Nilai RMB Normal
2018-02-09 12:28:56 CRI Cetak

Kadar pertukaran mata wang Renminbi (RMB) berbanding USD meningkat kira-kira 3.5% pada bulan lepas, namun mengalami susut nilai yang terbesar dalam tempoh sehari sejak Ogos 2015, semalam.

Profesor Zhao Xijun dari Universiti Renmin yang juga Naib Presiden Institut Perbendaharaan dan Kewangan berpendapat bahawa turun naik seumpama itu tidak membawa impak besar terhadap ekonomi China.

Sebagai mata wang yang telah dipasarkan dan diantarabangsakan, pelarasan nilai RMB adalah normal dan akan diteruskan pada masa depan.

Menurut beliau, kadar pertukaran RMB berbanding USD kini semakin bergantung pada faktor pasaran, baik dari segi jangka panjang seperti trend pertumbuhan ekonomi China dan AS, mahupun jangka pendek seperti perubahan dasar dan jangkaan pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China