Cari:
Wakil Presiden Xi bertemu Moon Jae-in
2018-02-09 15:02:57 CRI Cetak

Wakil khas Presiden Xi Jinping, Han Zheng bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Cheong Wa Dae, Seoul semalam.

Han dalam pertemuan itu menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama Korea Selatan menggalakkan komunikasi di pelbagai peringkat dan kerjasama saling menguntungkan, serta menangani isu sensitif dengan baik, mengikut konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara.

Hubungan China-Korea Selatan akan diperkukuh, dengan rasa saling mempercayai dan memahami yang lebih teguh.

Han turut menilai positif tindakan Korea Selatan dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memulihkan dialog sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

China menyokong kerjasama Korea Selatan dan DPRK, dan berharap semua pihak terlibat besama-sama mendorong penyelesaian isu Semenanjung Korea melalui saluran politik.

Presiden Moon pula menyatakan, Korea Selatan menyahut saranan China tersebut, dan mahu meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.

Pihaknya memuji peranan China yang aktif dalam isu Semenanjung Korea, dan bersedia menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran damai, demi keamanan dan kemakmuran berkekalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China