Cari:
Wakil Presiden China Temui Moon Jae-in
2018-02-10 14:06:10 CRI Cetak

China semoga Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang berjaya. Demikian dinyatakan oleh Wakil Khas Presiden China, Han Zheng yang diundang menghadiri Upacara Perasmian sukan tersebut ketika bertemu dengan Presiden Republik Korea, Moon Jae-in petang semalam.

Han Zheng menyampaikan salam Presiden Xi kepada rakan sejawatnya Moon Jae-in. Han menyatakan, China bersedia bersama Korea Selatan maju terus menuju ke arah yang ditetapkan dalam persepakatan pemimpin kedua-dua negara, kekal saling menghormati dan saling menyokong, mengadakan komunikasi dan dialog pelbagai peringkat secara menyeluruh, terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama, bersungguh-sungguh menangani isu sensitif, dan meningkatkan rasa saling mempercayai dan saling memahami supaya dapat mendorong hubungan China-Korea Selatan terus berkembang.

Han Zheng juga berkata, situasi Semenanjung Korea mencapai perubahan positif baru-haru ini, terbukti dengan Utara dan Selatan sudi memulihkan dialog sempena peluang Sukan Olimpik Musik Sejuk di Pyeongchang. China menyokong kerjasama dan pendamaian kedua-dua pihak yang mulai memperbaiki hubungan bilateral, dan berharap pelbagai pihak yang terbabit berusaha bersama bagi terus meredakan ketegangan situasi Semenanjung Korea dan menggalakkan proses penyelesaian politik.

Moon Jae-in meminta Han Zheng menyampaikan salamnya kepada Presiden Xi dan merakam ucapan terima kasih atas kehadiran Han Zheng sebagai wakil khas Presiden Xi. Beliau menyatakan bahawa Korea Selatan dan China, sebagai jiran dan rakan kerjasama penting antara satu sama lain, mempunyai hubungan bilateral yang akan berkembang dari titik tolak baharu. Korea Selatan bersedia berusaha bersama China terus meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik dan persabahatan, mempererat pertukaran pelbagai peringkat, memperdalam kerjasama yang pragmatik, meningkatkan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, dan mendorong Perkongsian Strategik Korea Selatan-China mencapai kemajuan baharu. Pihaknya menghargai peranan China dalam isu Semenanjung Korea, bersedia meningkatkan komunikasi dengan China, dan mendorong dialog Selatan-Udara yang dipulihkan dengan adanya peluang Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang supaya dapat menyelesaikan isu Semenanjung Korea secara damai, dan mewujudkan kedamaian dan kemakmuran serantau yang berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China