Cari:
Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 Dirasmikan
2018-02-10 15:12:58 CRI Cetak

Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 dirasmikan di Pyeongchang, Korea Selatan semalam. Wakil khas Presiden China Xi Jinping, Han Zheng menghadiri majlis perasmian sukan tersebut.

China telah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 181 orang termasuk 82 orang atlet untuk menyertai sukan itu.

Pengerusi Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian telah mengucapkan terima kasih atas sumbangan Korea Selatan, iaitu tuan rumah sukan olimpik musim sejuk kali ini. Beliau yakin, sukan olimpik musim sejuk kali ini akan menjadi temasya yang bersatu-padu, inklusif, harmoni dan damai.

Dimaklumkan, lebih 2,900 orang atlet dari 92 buah negara dan kawasan menyertai sukan kali ini. Antaranya, Malaysia, Singapura, Nigeria, Ecuador, Eritrea, dan Kosovo buat kali pertama menyertai sukan olimpik musim sejuk. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China