Cari:
Wakil Kim Jong-un, Undang Moon Jae-in Lawat DPRK
2018-02-11 15:55:34 CRI Cetak

Naib Ketua Pengarah Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Yo-jong telah menyerahkan sepucuk surat dari pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un kepada Presiden Republik Korea, Moon Jae-in berhubung pemulihan hubungan Utara-Selatan serta undangan secara lisan tentang lawatan rasmi ke DPRK.

Dimaklumkan oleh Kim Eui-kyeom, jurucakap Cheon Wa Dae bahawa, Kim Yo-jong mewakili Kim Jong-un mengundang Moon Jae-in melawat DPRK pada waktu yang sesuai dan menyatakan kesediaan Kim Jong-un bagi bertemu dengan Moon Jae-in secepat mungkin.

Moon Jae-in menyatakan bahawa beliau berharap mencipta syarat lawatan ke DPRK. Tegas beliau, untuk mewujudkan pembangunan hubungan Selatan-Utara, dialog antara DPRK dengan AS perlu diwujudkan seawal mungkin. Jae-in berharap DPRK secara aktif mengadakan dialog dengan AS.

Kedua-dua pihak pula mencapai persepakatan bagi berusaha meneruskan suasana kedamaian di Semenanjung Korea yang diwujudkan dengan merebut peluang Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, dan terus menggalakkan dialog dan kerjasama Selatan-Utara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China