Cari:
Pesta Petik Daun Teh Awal di Yibin
2018-02-11 16:38:42 CRI Cetak

Upacara Petik Daun Teh Awal Yibin ke-11 diadakan di pangkalan daun teh awal Gunung Jiulong Kaunti Xingwen bandar Yibin Provinsi Sichuan kelmarin.

Dimaklumkan, daun teh di Yibin boleh dipetik setelah ketibaan Musim Lichun ('permulaan musim bunga' menurut kalendar tradisional Cina, dan biasanya jatuh pada awal bulan Februari)) setiap tahun. Antara kawasan-kawasan yang berlatitud sama, bandar Yibin mempunyai tanaman teh yang paling awal boleh dipetik.

Dengan merebut peluang semasa pelaksanaan Strategik Provinsi Sichuan bagi mengembangkan industri daun teh yang bernilai RMB100 bilion (RM63 bilion), pengusaha teh di Yibin telah mengembangkan beberapa jenama daun teh yang terkenal. Dilaporkan bahawa keluasan perkebunan teh di bandar tersebut mencapai 75 ribu hektar, pengeluaran daun teh mencatat 63 ribu tan setahun, pendapat dari pengeksportan melebihi RM43.3 juta, dan nilai pengeluaran industri daun teh mencatat RM8.3 bilion.

Dalam majlis jual lelong yang diadakan pada hari yang sama, 500 gram daun teh yang dipetik paling awal pada tahun ini dijual dengan harga RM12,435. Pendapatan tersebut akan digunakan untuk pembasmian kemiskinan di pekan Dahe yang berpenduduk etnik Miao.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China