Cari:
UNICEF: Seperempat Kanak-kanak Iraq Dalam Kemiskinan
2018-02-12 11:27:29 CRI Cetak

Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa seramai 3.7 juta atau seperempat kanak-kanak di wilayah Iraq hidup dalam kemiskinan akibat perang yang dicetuskan kumpulan pelampau Daesh (IS) sejak 2014.

Menurut UNICEF, lebih 3 juta kanak-kanak di negara itu tidak menerima pendidikan.

Sejak 2014, sebanyak 150 serangan dijalankan dengan menyasarkan fasiliti pendidikan, manakala 50 serangan terhadap kemudahan kesihatan.

Masyarakat antarabangsa diseru agar membantu membina semula infrastruktur yang diperlukan dengan secepat mungkin, demi masa depan kanak-kanak Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China