Cari:
Nahas Udara Rusia, Tiada Selamat
2018-02-12 11:45:41 CRI Cetak

Kesemua penumpang dan kru pesawat jenis Antonov An-148 yang terhempas di luar Moscow semalam dilaporkan maut.

Menurut maklumat Kementerian Kecemasan Rusia, pesawat itu membawa enam anak kapal dan 65 penumpang, antaranya tiga kanak-kanak. Sebuah kotak hitam pesawat itu telah ditemui.

Pesawat milik Saratov Airlines itu dalam perjalanan dari Moscow ke Orsk, berhampiran sempadan Kazakhstan sebelum hilang dari radar selama dua minit dan didapati terhempas di lokasi berjarak 35 kilometer dari tenggara Moscow.

Menurut maklumat berkenaan, tujuh pasukan perubatan dan penyelamat serta pasukan tentera telah dikerah ke lokasi nahas itu.

Punca nahas sedang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China