Cari:
China Sokong DPRK Undang Moon Jae-in Buat Lawatan Rasmi
2018-02-13 14:35:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China menyokong dan mengalu-alukan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengundang Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan lawatan rasmi ke DPRK.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing pada 12 Januari lalu.

Geng berkata, DPRK dan Korea Selatan merupakan dua negara yang etniknya sama. Usaha kedua-dua negara untuk membaik pulih hubungan bilateral serta mengembleng proses permuafakatan bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara, malah dapat menggalakkan kedamaian dan pembangunan rantau ini.

Pihak-pihak terlibat diharap dapat mengekalkan mekanisme dialog yang telah dilaksanakan dalam tempoh Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang supaya memelihara suasana damai, demi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China