Pusingan ke-21 Rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah berakhir di Indonesia.
Kementerian Perdagangan China semalam menyatakan bahawa rundingan kali ini telah mencapai kemajuan yang menggalakkan.
Menurut kementerian itu, pihak-pihak terlibat bersetuju meneruskan perbincangan mengenai sektor barangan, perkhidmatan, pelaburan dan peraturan berkenaan berdasarkan isyarat Mesyuarat Pemimpin RCEP pada November tahun lepas.
Mesyuarat Peringkat Menteri RCEP dijadualkan di Singapura pada 3 Mac, bagi menyelaraskan pendapat pelbagai pihak untuk mendorong rundingan seterusnya.
Ekoran situasi yang rumit dan amat mencabar, rundingan RCEP gagal diselesaikan pada penghujung 2017 seperti yang telah diharapkan.
Pada bulan November tahun lalu, pemimpin pihak-pihak terlibat RCEP menyeru supaya usaha diintensifkan agar rundingan ini dapat diselesaikan pada tahun 2018.