Cari:
43 Anggota Taliban Terbunuh di Selatan Afghanistan
2018-02-14 14:02:32 CRI Cetak

Tentera Udara Afghanistan menembak mati sekurang-kurangnya 43 anggota kumpulan bersenjata Taliban dalam operasi serangan udara di wilayah Kandahar, sementara 20 operatif lain cedera.

Demikian maklum Pengarah Jabatan Polis Kandahar, Abdul Raziq semalam.

Dalam operasi yang dijalankan pada malam kelmarin hingga pagi semalam, jet pejuang tentera udara Afghanistan telah menyerang tempat penyembunyian kumpulan bersenjata di utara wilayah tersebut.

Kata Raziq, sebilangan besar anggota Taliban melarikan diri susulan serangan itu, sekali gus mengelakkan pertempuran langsung antara pasukan keselamatan darat dengan kumpulan bersenjata.

Serangan terbabit turut memusnahkan banyak senjata api dan kenderaan milik Taliban.

Tiada anggota pasukan keselamatan darat dilaporkan maut atau cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China