Cari:
Delegasi China ke PBB Anjur Jamuan TBC
2018-02-14 11:24:38 CRI Cetak

Delegasi China ke PBB telah mengadakan jamuan makan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di New York.

Wakil Tetap China, Ma Zhaoxu berkata beliau yakin kerjasama antara China dengan PBB dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

 

Pegawai kanan PBB yang menghadiri jamuan tersebut pula menyanjung tinggi peranan positif dan kepimpinan yang ditunjuk oleh China dalam pelbagai urusan PBB.

Turut hadir memeriahkan jamuan tersebut, hampir 400 tetamu termasuk Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-72, Miroslav Lajcak, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina J. Mohammed dan pegawai kanan lain PBB, duta besar dan utusan dari lebih 100 negara di PBB, Konsul Besar China ke New York, Zhang Qiyue, serta anggota media dan masyarakat Cina tempatan.

Ma Zhaoxu berkata, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara besar yang bertanggungjawab, China akan terus melaksanakan tugas dan kewajipan antarabangsanya, melindungi kewibawaan dan kedudukan PBB, menyokong fahaman pelbagai hala, di samping menyumbang buah fikiran dan kebijaksanaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China