Pelaburan langsung bukan kewangan yang dibuat China ke luar negara pada Januari lalu naik 39.7% berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan mencatat USD10.8 bilion (RM 42.5 bilion), sekali gus merekodkan peningkatan selama tiga bulan berturut-turut.
Data yang diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam turut menunjukkan bahawa pada bulan pertama tahun ini, pelabur China telah menanam pelaburan langsung bukan kewangan terhadap 955 syarikat dari 99 negara dan kawasan.
Antaranya, jumlah pelaburan terhadap 46 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mencecah USD1.23 bilion (RM4.8 bilion), meningkat 50%.
Destinasi utama pelaburan tersebut termasuk Singapura, Malaysia, Laos, Vietnam, Indonesia, Pakistan dan Sri Lanka.