Cari:
EU Digesa Cegah Pecah Belah Akibat Masalah Pelarian
2018-02-14 11:15:32 CRI Cetak

Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk menggesa Kesatuan Eropah (EU) duduk berunding untuk menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian secara berkesan, bagi mengelakkan blok tersebut berpecah belah akibat masalah tersebut.

Kata Tusk, isu PATI dan pelarian masih dilihat sebagai cabaran bagi Eropah.

Tusk yang tiba di Vienna semalam, bertemu dengan Canselor Sebastian Kurz untuk membincangkan tugas Austria selepas mengambil alih pengerusi bergilir EU pada Julai nanti.

Kaedah untuk menghapuskan percanggahan sesama anggota EU mengenai dasar PATI dan pelarian, menjadi tumpuan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China