Cari:
Program Bantuan China ke Iran Berjaya
2018-02-14 11:16:30 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Iran dan pejabat Program Makanan Dunia PBB (WFP) telah menandatangani surat penyerahan di Tehran semalam, menandakan program bantuan kerajaan China terhadap pelarian Iraq dan Afghanistan di wilayah Iran berakhir dengan jayanya.

Menurut perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, China menyumbangkan dana sebanyak USD1 juta (RM3.9 juta) untuk membiayai program bantuan makanan kecemasan yang dikendalikan oleh WFP.

Wakil WFP ke Iran, Negar Gerami telah mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar China, Pang Sen atas bantuan kerajaan China.

Menurut Gerami, dengan dana China tersebut, WFP telah membeli sekitar 1,200 tan makanan untuk membantu kira-kira 30 ribu pelarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China