Cari:
China Nanti Kehadiran Presiden Baharu Rusia di SCO
2018-02-15 11:12:00 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bakal diadakan di Qingdao bulan Jun nanti. China menanti-nantikan lawatan serta kehadiran presiden baharu Rusia pada sidang kemuncak tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam memaklumkan bahawa China mengekalkan komunikasi rapat dengan anggota SCO lain mengenai kerja-kerja persiapan sidang berkenaan.

China akan bekerjasama dengan semua pihak terlibat bagi menjayakan sidang tersebut dan menyuntik momentum baharu kepada SCO.

Tambah beliau, mekanisme pertukaran lawatan tahunan pemimpin serta interaksi rancak melalui pelbagai platform bilateral dan multilateral mencerminkan kukuhnya hubungan antara China dengan Rusia.

Beliau yakin pemimpin kedua-dua negara akan terus mengekalkan hubungan erat pada tahun ini, sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia ke tahap lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China