Cari:
Presiden Xi Sampai Perutusan TBC
2018-02-15 11:44:17 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada rakyat pelbagai etnik, saudara setanah air di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau, Taiwan serta masyarakat Cina di seberang laut.

Perutusan tersebut disampaikan pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi semalam.

Lebih 2,000 wakil pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis tersebut.

Xi menyatakan bahawa TBC adalah permulaan baharu yang membawa harapan baharu. Prospek negara akan semakin baik.

Hari tahun baharu juga merupakan masa pertemuan semula keluarga, yang penting bagi bangsa Cina yang mengutamakan keluarga.

Xi menegaskan bahawa impian setiap individu dan keluarga perlu disepadukan dengan impian nusa dan bangsa.

Dalam perutusan Tahun Baharu 2018, Presiden Xi berkata bahawa kebahagiaan hanya dapat dikecapi melalui perjuangan gigih.

Dalam majlis semalam pula, beliau memberi tafsiran baharu mengenai pemikiran tersebut, iaitu perjuangan sendiri adalah satu bentuk kebahagiaan. Era baharu dimiliki orang yang sanggup berjuang.

Xi mengingatkan semua orang supaya tidak melupakan niat asal dan misi yang digalas untuk terus mencorak lembaran baharu sejarah perjuangan lebih 1.3 bilion rakyat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China