Cari:
Empire State NY Merah Sempena TBC
2018-02-15 12:12:22 CRI Cetak

Bangunan Empire State di New York menyalakan lampu merah sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), selama tiga malam bermula 13 Februari.

Serentak upacara menyalakan lampu, satu pameran turut dilancarkan oleh Pejabat Konsul Jeneral China di New York dan Empire State.

Konsul Jeneral China, Zhang Qiyue, Presiden Empire State Realty Trust, John Kessler serta wakil perantau China di pantai timur AS telah menghadiri upacara tersebut.

Kessler yang mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, amat berbesar hati dapat sekali lagi menyalakan lampu bersama-sama Konsul Jeneral China.

Zhang pula menyatakan bahawa TBC merupakan perayaan tradisional paling penting bagi bangsa Cina, yang membawa harapan baharu. Tahun Anjing berdasarkan imlek Cina adalah simbol kerajinan, kemakmuran dan persahabatan.

Menurut beliau, TBC disambut meriah di seluruh dunia, termasuk New York. Upacara menyalakan lampu merah di bangunan Empire State bukan sahaja tarikan bagi penduduk tempatan, malah menjadi tumpuan rakyat China.

Beliau menyifatkan aktiviti berkenaan tanda persahabatan, kedamaian dan kerjasama, serta penggalak pertukaran sosiobudaya antara China dengan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China