Cari:
Dunia Perlu Tingkat Sinergi Banteras keganasan
2018-02-15 14:39:02 CRI Cetak

Dunia perlu memupuk identiti komuniti berkongsi nasib dan mengukuhkan kerjasama untuk membanteras keganasan.

Wakil Tetap China ke PBB, Ma Zhaoxu dalam ucapannya pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kelmarin berkata, kempen membanteras keganasan perlu dilakukan dengan standard sama dan sikap toleransi sifar tanpa diskriminasi.

Masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan sinergi untuk memerangi keganasan hingga ke akar umbi, di samping membina hubungan model baharu dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Kerjasama dalam usaha berkenaan hendaklah mematuhi Piagam PBB serta mengutamakan peranan PBB dan UNSC.

China selaku tenaga penting dalam perjuangan membanteras keganasan, aktif terlibat dalam mekanisme multilateral seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) hingga memberi sumbangan besar dalam kempen tersebut.

China bersedia terus berganding bahu dengan negara-negara lain untuk menghadapi ancaman keganasan demi keamanan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China