Cari:
Presiden Xi Beri Galakan kepada JPC
2018-02-16 13:00:32 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anggota Junior Police Call (JPC) Hong Kong, di samping memberi galakan supaya mereka mengasah kemahiran diri dan meluaskan pengalaman agar dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Dalam surat balas kepada kad Tahun Baharu Cina (TBC) yang dikirim JPC, Xi menyatakan bahawa generasi muda adalah masa depan negara.

Seramai 26 anggota JPC diundang ke pejabat perhubungan kerajaan pusat di Hong Kong pagi semalam untuk menerima surat balas daripada Presiden Xi.

JPC ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah polis Hong Kong, merupakan platform penting bagi memberi pendidikan undang-undang dan patriotisme kepada golongan belia dan remaja tempatan. JPC telah menarik penglibatan lebih 1 juta belia, dengan 210 ribu anggota aktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China