Bacaan indeks PM2.5 di Beijing pada malam Tahun Baharu Cina (TBC) mencatat paras paling rendah dalam tempoh enam tahun.
Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, indeks itu hanya 272 mikrogram semeter padu pada awal pagi tadi, menurun 58% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Selain cuaca baik, larangan bermain mercun dan bunga api di sekitar pusat bandar sepanjang tempoh sambutan TBC juga menyumbang kepada kualiti udara yang bertambah sihat.