Perdana Menteri Britain, Theresa May mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) kepada masyarakat Cina di seluruh dunia melalui video.
May dalam ucapannya melahirkan harapan agar Tahun Anjing membawa kemakmuran dan keharmonian, di samping merakamkan penghargaan atas sumbangan komuniti Cina terhadap pembangunan sosial di Britain.
Lawatan May ke China pada akhir bulan lalu membuahkan hasil yang penting. Kedua-dua negara berjanji memperkasakan kerjasama demi membuka "era keemasan" hubungan bilateral.