Cari:
NASDAQ Bunyi Loceng TBC
2018-02-17 15:46:20 CRI Cetak

Satu upacara membunyikan loceng diadakan di ibu pejabat NASDAQ di Times Square New York sewaktu pembukaan pasaran, pada hari pertama tahun baharu mengikut imlek Cina.

Konsul Jeneral China ke New York, Zhang Qiyue yang menghadiri upacara itu, mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina, pelajar dan pekerja China serta rakyat tempatan.

Beliau menyatakan bahawa pada era baharu ini, China akan lebih terbuka dan menyediakan lebih banyak peluang kepada dunia termasuk AS.

Naib Presiden Kanan NASDAQ, Robert McCooey pula menyatakan bahawa hubungan NASDAQ dengan China semakin erat. Kini, lebih 110 syarikat China telah disenaraikan di NASDAQ termasuk Baidu, JD, NetEase, Ctrip dan Weibo kendalian Sina.

Katanya, syarikat-syarikat tersebut memberi impak besar kepada dunia. Konsep inovasi dan semangat keusahawanan China akan terus membawa kemajuan kepada China dan AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China