Pertandingan akhir acara ski aerial gaya bebas wanita Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang diadakan di Taman Salji Phoenix malam semalam.
Bintang China, Xu Mengtao punah harapan merangkul emas apabila beliau membuat kesilapan ketika mendarat dan gagal mara ke pusingan ketiga.
Rakan sepasukannya, Zhang Xin membawa pulang pingat perak untuk skuad China selepas ditewaskan atlet Belarus.
Kong Fanyu, 25, atlet China yang buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk, menunjukkan prestasi baik apabila pulang dengan pingat gangsa.