Cari:
SEC Tolak Bidaan Beli Bursa Chicago
2018-02-18 15:08:21 CRI Cetak

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS menolak bidaan sebuah kumpulan pelabur China untuk membeli Bursa Saham Chicago (CHX) baru-baru ini.

SEC mendakwa urus janji berkenaan tidak dapat dibuktikan mematuhi Akta Bursa AS serta peraturan berkaitan, malah menimbulkan kekhuatiran perubahan struktur pemegang saham akan menyusahkan pengawalseliaan pihaknya.

Kumpulan pelabur yang diketuai Kumpulan Casin Chongqing mengemukakan bidaan untuk membeli CHX pada Februari 2016, namun tidak berjalan lancar.

Pada Julai lalu, 11 anggota Dewan Perwakilan AS dalam surat kepada SEC, menggesa agar urus janji untuk membeli CHX ditolak dengan alasan "urus janji berkenaan akan mengancam keselamatan kewangan AS".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China