Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA), jumlah pelancong di seluruh China pada 18 Februari, iaitu hari ketiga Tahun Baharu Cina (TBC) mencatat 73 juta, meningkat 15.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pendapatan sektor pelancongan pada hari itu mencapai RMB94.4 bilion (RM58 bilion), naik 16.6%.
Dalam tempoh empat hari pertama cuti TBC, jumlah pelancong mencatat 287 juta, meningkat 11.1%, sekali gus menjana pendapatan sebanyak RMB352.7 bilion (RM216 bilion).
Pakej pelancongan bertema salji menjadi pilihan popular para pelancong.