Cari:
Ungkapan Mandarin Makin Dikenali
2018-02-19 20:29:34 CRI Cetak

Beberapa ungkapan politik China semakin dikenali masyarakat antarabangsa, seperti "Impian China", "Jalur dan Laluan" (B&R) dan "komuniti berkongsi nasib".

Sementara itu, jalan pembangunan China dan cadangan yang dikemukakan China juga makin diketahui dunia.

Demikian dapatan Jabatan Pentadbiran Penerbitan Bahasa Asing China dalam laporannya baru-baru ini.

Laporan itu hasil penyelidikan di lapan negara penutur bahasa Inggeris iaitu AS, Britain, Australia, Filipina, Afrika Selatan, Kanada, Singapura dan India.

Penyelidikan berkenaan memilih 100 kata dan ungkapan bahasa Mandarin paling biasa ditutur mengikut fonetik asalnya, misalnya Kongzi (Konfusius), Chunjie (Festival Musim Bunga), Zhongqiu (Pesta Kuih Bulan) dan Shaolin.

Selain itu, beberapa istilah ekonomi dan teknologi turut dikaji, termasuk Renminbi, Hongbao (Angpau) dan Zhifubao (Alipay).

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China