Cari:
Tahun Baharu Rancakkan Pelancongan Tibet
2018-02-20 12:49:46 CRI Cetak

Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dan tahun baharu mengikut kalendar Tibet, merancakkan sektor pelancongan di Tibet.

Menurut jabatan pelancongan tempatan, seramai lebih 216 ribu pelancong berkunjung ke Tibet dalam tempoh 15 hingga 18 Februari lalu, meningkat 30.7% berbanding tempoh sama tahun lalu. Pendapatan pelancongan melebihi RMB159 juta (RM98 juta), naik 14.7%.

Antaranya, 84 ribu yang bermalam, manakala 132 ribu yang mengikut pakej sehari, masing-masing bertambah 17% dan 41.2%.

Lhasa dan Nyingchi menyaksikan jumlah pelancong meningkat lebih 50%.

Bermula 1 Februari hingga 30 April, 115 destinasi di Tibet dibuka secara percuma, sementara diskaun hebat ditawarkan untuk tempahan hotel dan tiket pengangkutan termasuk penerbangan dan kereta api.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China