Sepanjang tahun lepas, jumlah netizen China yang membeli produk kewangan secara dalam talian mencatat 129 juta, meningkat 30.2% berbanding tahun sebelumnya.
Menurut laporan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC), pasaran produk kewangan dalam talian semakin bervariasi.
Dengan pengubahsuaian dasar pengawalseliaan sektor kewangan dan strategi Ant Financial kendalian Alibaba mengehadkan kuota pelaburan, semakin banyak dana dalam talian dialirkan ke institusi tradisional seperti bank dan amanah, serta platform dalam talian lain.
Pada tahun lepas, jumlah pengguna e-bayar di China mencatat 531 juta, bertambah 11.9% atau lebih 56 juta berbanding tahun sebelumnya.
Kadar penggunaan e-bayar mencatat 68.8%, 70% daripadanya iaitu 527 juta dibuat melalui telefon pintar.