Cari:
MSC ke-54 Berakhir
2018-02-20 11:04:35 CRI Cetak

Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-54 yang berlangsung selama tiga hari telah berakhir pada 18 Februari lalu.

Persidangan itu dihadiri pemimpin serta kira-kira 40 menteri luar dan 40 menteri pertahanan dari lebih 20 negara.

Pengerusi MSC, Wolfgang Ischinger dalam ucapannya berkata dalam tempoh tiga hari, para peserta telah membincangkan isu nuklear Semenanjung Korea, hubungan Britain dengan Kesatuan Eropah (EU) selepas keluar daripada EU dan sebagainya.

Mereka juga menyampaikan pandangan mengenai usaha menggalakkan pembentukan pakatan pertahanan Eropah dan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Namun, pelaksanaan dasar spesifik yang berkaitan tidak disentuh.

Ischinger menyeru pihak-pihak berkenaan agar terus bertindak aktif untuk merealisasikan cadangan dan wawasan yang dikemukakan dalam MSC kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China