Seramai 120 ribu askar Jerman akan menyertai latihan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tahun ini. Angka ini merupakan tiga kali ganda tahun lepas.
Lapor media tempatan memetik Kementerian Pertahanan, perbelanjaan untuk menghantar askar Jerman dijangka bertambah 40 juta euro iaitu 193 juta ringgit kepada 90 juta euro atau 434 juta ringgit.
Setelah krisis Ukraine tercetus pada 2014, NATO telah meningkatkan kehadiran tentera di tiga negara sekitar Laut Baltic dan Eropah Timur termasuk Poland.