Cari:
Tentera Israel Serang Lagi Gaza
2018-02-20 15:22:49 CRI Cetak

Tentera Israel mengebom lagi selatan Genting Gaza awal pagi semalam, dua hari selepas serangan sama, namun tidak mengakibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

Menurut sumber pasukan keselamatan Palestin, jet pejuang F-16 Israel telah menggugurkan belasan peluru meriam di sebuah ladang di timur Rafah, mendedahkan lubang disyaki terowong yang digunakan militan.

Menurut tentera Israel, serangan tersebut adalah untuk membalas serangan roket di sempadan selatan Genting Gaza pada 17 Februari lalu, yang mengakibatkan empat askar Israel cedera, dua daripadanya parah.

Tentera Israel menuntut Hamas bertanggungjawab atas serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China